Cinta Hati Pem

Cinta Hati Pem
Cinta Hati Pem

Saturday, August 14, 2010

Hidup ini satu percaturan.....Eps 1

Sayu sungguh bila dikenangkan permulaan kehidupan ku yg kelam. Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa yg telah aku lakukan atau sememangnya ini percaturan hidupku.Kisah pahit hidupku bermula sejak aku kecil lagi, waktu aku tidak mengerti kenapa perbezaan dunia begitu ketara. Waktu itu aku masih punya ibu dan bapa, namun aku sudah dapat rasakan yg aku dibenci oleh ibuku. Aku mangsa pada setiap situasi. Namun atas dasar kehidupan, aku teruskan.


Hidup semakin teruk apabila aku meningkat remaja. Waktu itu jiwa memberontak, mencari kasih sayang, namun bagi aku pelajaran harus ku utamakan. Tahun 1999 aku berjaya menjejakkan kaki ke Universiti, walaupun jurusan yg aku perolehi bukan kehendakku. Waktu iut juga hatiku telah dimiliki oleh insan yg betul2 aku cintai. Menitis air mata ini bila terkenang kan dia, EM, namamu, dirimu dan kasih sayangmu takkan ku lupa hingga ke hujung nyawa. Waktu itu juga aku amat mengkagumi bapaku, bertongkat menghantar aku ke menara gading.

Namun segalanya bertukar...hampir 5 bulan aku di universiti, aku dikejutkan dgn berita pemergian bapa tercinta, dan dari saat itulah kehidupanku bertukar sebaliknya. Aku menjadi insan tanpa arah. Dahulu pembelajaranku dibantu oleh arwah bapaku, kewangan dan semangat. Namun sekarang aku harus mencari untuk wang untuk meneruskan kehidupan. Ibu tidak pernah membantu, walaupun sebahagian duit pencen arwah bapa diamanahkan padaku. Aku tetap aku, diam dan terus diam tanpa bantahan.Aku gagahi jua mencari rezeki utk hidup dan utk meneruskan pembelajaran ku.Tiada siapa yg tahu keadaan aku ketika itu. Pernah aku tidak makan untuk3 hari, hanya minum air masak.Begitulah kehidupanku selama 3 tahun bagi menunaikan hasrat arwah bapa melihat aku menggenggam sehelai ijazah.

Akhirnya, tiga tahun berlalu, aku berjaya juga menunaikan hasrat arwah bapaku. Namun ketika itu, cinta yang pernha menyuluh perjalanan kehidupanku semakin malap. Sudah lama aku rasakan cahaya cinta itu kian pudar. Aku dapat merasakan sesuatu, yg dia sudah berubah. Aku akur kerana aku sedar siapa diri ini. Aku makhluk ciptaan Allah yg akan menghadapi pelbagai tomahan, dugaan dan cacian.Aku redha dengan semua ketentuan.

Aku melangkah pulang ke kampung, walau disambut dgn jelingan dan wajah masam seorg ibu. Aku tidak tahu kenapa aku dibenci oleh semua sedangkan aku tidak pernah bersalah. Mungkin wajah yg Allah ciptakan ini terlalu hodoh utk disayangi. Aku tetap redha.Aku atur langkah menjejak cintaku. Aku tetap yakin dia milikku. Namun segalanya takdir tetapan Ilahi. Dia ada insan lain. Lebih cantik semestinya. Berderai airmataku, cinta yang menjadi penguat semangatku, insan yang sentiasa membuat aku ingin terus pulang kerananya, kini bukan milikku lagi. Aku sungguh kecewa dengan kehidupan.....

No comments:

Post a Comment